Kenangan Lepas ~

Assalamualaikum , korang sihat ? Kay now , farrahusna nak cerita pasal Zaman Farrahusna Maulidur Rasul dulu . Hee ~

Okay , time tu farrahusna darjah 6 kalau tak silap . Keluarga farrahusna dulu ada anak angkat , nama dia Daiana Amanie . Kitorang panggil dia Mei Mei je sebab ayah dia cina masuk Islam . Masa tu masjid kat rumah farrahusna ada buat perarakan untuk Maulidur Rasul . Farrahusna bawak Mei Mei , kami punya seronok berarak , tiba tiba Mei Mei pegang kain dia sambil jalan terkepit-kepit .

Mei Mei : Alang , meimei mau kencing alanggg (sambil muka berkerut)
Me : What ? Alaa mei , jangan buat hal .
Mei Mei : Betui alang , meimei sudah tak tahan . (loghat bahasa cina)

Then , time tu rumah farrahusna dah jauh . Kalau biar je dia macam tu nanti terkencing dalam seluar pulak . Farrahusna dengan muka takmalu , muka merah , pegi dekat satu rumah ni . Kebetulan ada satu pakcik dekat luar rumah dia .

Me : Err , Assalamualaikum pakcik .
Pakcik : Waalaikummussalam , haa kenapa ?
Me : Boleh pinjam tandas kejap tak ? Adik saya nak terkencing (muka malu-malu)
Pakcik : Adik nak kencing ? Haa boleh boleh , pi terus blablabla (sambil bagitau dekat mana tandas rumah dia)

Ya Allah , farrahusna taktahu apa yang ada kat dalam kepala hotak pakcik tu . Malunyaaa :/ Dah keluar tandas ...

Me : Terima kasih pakcik (sambil senyum tak ikhlas)
Pakcik : Sama-sama
Mei Mei : Alang , mana suma olang ? (loghat cina)
Me : Diorang semua dah tinggal kita dah . Meimei laa , buat hal sangat . Dah , jom balik .

Then , me dengan  mei mei terus balik . Berarak ntah kemana , kami ntah kemana . Farrahusna balik , cerita kat ibu farrahusna , dia gelak . While me , "is it funny ?"

Fuhh , I hope this thing takkan jadi lagi . Malu tahuu . hmm , but now  meimei dah ikut makcik dia balik Kelantan . dah takjumpa dengan dia  :'(  Okay , thats all , thanks for reading . Assalamualaikum 



Pakai Baju Pink :*


Suka post Farrahusna ? Jemput comment dan like ye :)

2 comments: